Tabung Pengajian saya~ Sila Click ya~ :) Terima Kasih Daun Keladi~

Thursday, June 3, 2010

Tips menjadi setiausaha yang baik~

Salam n hye all!

Kenapa ye buat post ni? cumanya kerana saya minat dengan profession ni~
Credit to my friend, Nurul Asyikin cz buat pasal ni~
that's why i decide to share this to others~ ^_^




1. Sentiasa rajin berusaha- Sebab tugas kita mempengaruhi setiap Biro dalam projek... Maklum la kitalah yang mengeluarkan surat menyurat untuk ahli Biro...

2. Sentiasa teliti dalam kerja- Aspek penulisan memerlukan ketelitian yang tinggi sebab kalau salah eja nama atau salah panggilan boleh membawa masalah (besar kalau melibatkan VIP)... Kena double check selalu... Dan rujuk la pada sesape yang lebih faham tentang format dan sebagainya...

3. Ada kesanggupan- maksudnya di sini ialah kita perlu ada rasa sanggup untuk belajar, sanggup menerima teguran, sanggup bertanggungjawab dan sebagainya.

4. Ringan mulut bertanya- Yelah bak kata orang, malu bertanya sesat jalan... Kalau tak biasa buat kerja yang diberi, tak salah kalau bertanya pada orang lebih mengetahui walau orang yang lebih tahu tu lagi muda dari kita... Age doesn’t matter but experience.... dan tak salah mendengar pendapat orang lain.

5. Sedia untuk memberi kerjasama- Kalau orang ada mintak tolong, mintak bantuan cuba la bantu sekadar yang termampu...

6. Bersedia menghadapi tekanan- Tekanan akan datang dari pelbagai arah samada dari pengarah projek, ahli-ahli biro, pihak HEP dan sebagainya. Mental kena stabil beb... Saya dah harung semua tu... Memang ada masa saya hampir hilang kewarasan nak hadapi tekanan (biasa la kalau iman tak berapa kuat... Asyik nangis je. Hehe...) tapi kita belajar menjadi dewasa dengan semua tu... Yang penting lepas menangis, kita kesat air mata kita dan bersedia menghadapi tekanan seterusnya.

7. Maklum tentang tanggungjawab dan tugas kita- Kita kena sedar apa tugas kita sebagai SU. Sebetulnya pastikan kita dah baca manual tugasan dan memahami tugas kita yang sebenarnya... Hal ni supaya tak timbul kekeliruan dan terjadinya senario biro menolak tugasan bironya kepada SU... Ingat! Kerja kita yang utama ialah buat surat, minit mesyuarat, memanggil jawatankuasa untuk mesyuarat, mempengerusikan mesyuarat bila perlu dan lain-lain yang terkandung dalam manual tugasan yang tersedia dalam Kertas Kerja Projek... Believe me. Ive' been through this and suffer coz some morons don't know how to read the manuals...

8. Bersikap optimistik- Sebetulnya kalau kita optimistik, positif... segala benda kita leh buat dan hadapi dengan baik... Sikap ni sebenarnya yang penting... Bila positif, segala benda kita leh terima... Walau pun berita buruk... semangat kena tinggi kalau nak hidup lama sebagai SU....

Tu jelah tips serba sikit yang leh saya share dengan korang... harap tips ni membantu dengan sape-sape yang bakal jadi setiausaha tu... Ganbate ne~~~ XD 

Okay... bye. Wasalam. ^_^




Sekian~
One more thing, my mum pun kesetiausahaan juga~
sedikit sebanyak mendorong saya minat bidang ini~ ^_^

Take care n have a nice day!
Wassalam..

4 comments:

  1. hakikatnye, menjadi PA mmg lah kerjaya yg mencabar. sila jgn takut pd tomahan bila anda bergelar PA @setiausaha.ramai yg akn dengki dgn kerjaya anda. -setiausaha JPA

    ReplyDelete
  2. @redriben11 : terima kasih banyak2~ ^_^ saya akan berusaha menjadi kuat! fighting! :)

    ReplyDelete
  3. thax.. tips ni sgt berguna.. cz nx wik sy akan start keje, dis is my 1st exp jd secretary.. so sy akan pakai sume tips ni k.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah @Pinky~ ^_____^ good luck!

      Delete

Tabung pengajian~ Please Click! :)